CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

Aku rasa ringan

Biskut
Nestum
Air Masak
Goreng Pisang seketul
Pajeri nenas (ibu masak) + Ayam masak merah no nasik ( tp tak abis pun ayam aku mkn skit je)

Itulah yang aku makan semalam.

Pagi ni aku makan jCo dalam fridge 2 ketul (comel ye bukan saiz donut sebenar, adik aku beli yg comel2 tu)
Air masak
Perut aku dah padih tapi aku malas nak makan
Adoii
Menyeksa dirikan tp yang penting aku nye badan susut n cantik lantak pi lah perut yang lapar ni.

Thursday, March 26, 2009

Laksa dan laksa lagi

Hari ni aku makan laksa kedai hujung lagi.
Dah 2 hari aku makan laksa.
Dan dah 2 minggu aku tak makan malam.
Dan lagi malam-malam aku sapu Lotion Halia. 
Sedap berangin. Hahahaha
Tapi kadang-kadang aku makan nasi biasanya sabtu ahad la. 
Sebab ibu yang masak.
Harap-harap aku berjaya.
Baju  pun dah longgar sikit.
Huhuhuhuhu
Harap-harap menjadila kali ini.
Aku tak nak hangat-hangat tahi ayam lagi.
Pastu aku wat excercise ikut cam yang dalam you tube tu.
Terutama untuk montot peha dan perutku.
Wish me luck.
Tapi aku takutla nak timbang.
Pas sebulan nantila.

Wednesday, March 25, 2009

Suatu petang yang hujan renyai

A: Mana dik?

B: Sungai Ramal Dalam
A: Naikla
B: (tutup pintu)
Tiba-tiba...
A: Sg Ramal Dalam mana?
B: Haaaa ( mende la pakcik ni merepek) sg ramal dalamla
A: Jawapannya dalam bandar
B: Ohhhh haha (gelak tak ikhlas)
A: Haaaa ramaila yang pak cik tanya tapi tak nka jawab apa bla bla bla bla
aku layan je lah bla bla bla
A: Umah kat ner dik
B: Kat depan tu masuk kiri
Tiba-tiba
A: Suami keje mana?
B: (Aku ni nampak cam dah kawin ke?) Lambat-lambat aku jawab. Saya belum kahwin lagi
A: Ohhh ni kena amanah puasala ni (sambil gelak)
Ishhh bongok tau orang tua ni.

Nak buat camner dah jodoh aku lambat sikit. Bencila orang dok tanya-tanya pasal kawin ni. Buat aku tertekan.....

Tuesday, March 24, 2009

MyPortal

Anda ingin memiliki website sendiri. Pastila Myportal adalah pilihan yang tepat.

Ciri-ciri:
1. Dwi Bahasa
2. Boleh masuk artikel tanpa had
3. 1 Gb ruang hosting
4. Boleh masukkan coding ape pun - Portal Whizz CMS
5. Bleh letak banner
6. Bagus untuk newbie atau yang tak berapa pandai nak wat coding sendiri (like me) maksudnya bukan orang IT la
7. PALING PENTING MURAH

    setahun RM50.00 ----> www.dinasalleh.myportal.my
   
    Pakej domain :
    1. Antarabangsa --->www.abc.com = RM105 
       (RM50+RM55) setahun
    2. .com.my / .net.my / .org.my / edu.my / gov.my 
         = RM130 (RM50+RM80) setahun
    3. .my = RM 170 (RM50+RM120)

Memang Murah Klik Sini

Jangan segan-segan hubungi saya.


Sunday, March 22, 2009

Memasak

Lama gile aku tak memasak yang special. Sebab sekarang ni kemalasan melanda aku. Mmmmmm nak masak ape ek? 

Thursday, March 19, 2009

You

 

You know who you are :(

Wednesday, March 18, 2009

Impian

Hancur hati aku bile baca sms tadi. Mungkin itulah sebab yang sebenar dia 'ceraikan'  aku.
Sedey sangat. Napelah aku terlalu menyayangi dia. Bodohnye aku nii. Napelah aku ni blaja
tinggi-tinggi tapi fail bab ni. Segala impian segalanya ada dia. Hanya dia. Siapa yang kenal aku
tau la aku ni macammana. Aku tak pernah ada orang lain selain dia. Tengok lelaki lain pun aku
tak nak kecuali time saje je nak nyakat dia. Layan sms lelaki yang minat aku lagila tak. Kecuali budak kelas aku je. If ada yang nak masuk jarum aku dah sound awal-awal aku dah de dia. Hanya dia yang memenuhi hati aku. Takde tempat untuk orang lain. Kalau nak kawan no hal lebih-lebih aku tak nak. Aku hanya nak dia je. Hanya dia. Semuanya ada dia. Impian aku hanya dia. Masa tua aku pun dia dan anak-anak kami. 2 lelaki 2 perempuan. Semuanya dia. ..................................................................................................................................................................

Tuesday, March 17, 2009

Banyaknye aku hutang

TAG. Takde mood lagi nak buat.

Nanti ek...

Tuesday, March 3, 2009

Mengomel sendirian

Sejak akhir-akhir ni banyak yang aku pikir.

Nampak je aku ni  cam ganas (org yg tak kenal aku musti kata lagu. Tapi bile dah kenal lain lak yg depa kata) eh nape tetiba aku taip ni.
tu lah pala hotak aku dah weng kot. Mungkin aku boleh ajdi gile sikit masa lagi.
Antara perkara yang aku dok pikir.

I
Dia
Beliau ni lah yang memang sangat-sangat memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan aku sekarang. Aku dibenci dengan tiba-tiba tanpa sebab. Dan aku sendiri  tak tau sebab yang pasti. Kerana dia lumpuh segala kehidupan aku yang sempurna. Kerana dia aku membenci diri aku. Semua kerana dia. Sekarang aku rasa sunyi sangat walau hakikatnye sungguh meriah hidup ini.
Entah aku benci diri aku aku benci. If aku ade banyak duit dah lama aku larikkan diri ke benua lain. I wish I have.

II
Aku sangat sayang ibu dan ayahanda aku tapi aku selalu sakitkan hati mereka walau aku tak sengaja. Selalu aku tak sengaja lepas kejadian aku jadi sedih tapi I cant help myself. Tak tau nape. Ibu ayahanda akak minta ampun. Akak sayang sangat ibu ngan ayahanda. Aku harapa aku dapat jaga mereka sehingga akhir hayat.

III
Memikirkan nasib aku di masa hadapan. Dapat tak aku kerja. Tensennye. BENCIKKKKKKK. Eiiiiiiiiiii

Walau aku tahu semua yang berlaku ade hikmahnye tapi aku tak sabar nak tunggu masa itu samapai. Aku percaya akan tiba jua tapi tak tau bile.