CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 27, 2009

Yeay yeay

Aku dah lulus keta. Yahooooooooooooo.... jumahat nextweek leh amik lesen.
Yeay yeay yeay

jun jangan jeles
muahahahahahahahah

Sunday, February 22, 2009

Cokolat




Akukan dah lama gak la bersedey. Mmmmm last weekkan aku aku beli cok cadbury yang ade nuts. And guess what aku rasa lebih relax skang. Actually aku pun baru perasan perasaanku ini telah kembali tenang but adela masa-masa yang aku rasa sedey tapi in control. If not akan mengalirla air mata tetiba. Hati kau sedih dan sayu sangat. Uhhhhh....Terima kasih cokolat love you. Selalunye aku akan beli blackforest tapi last week tu aku beralih selera ke nuts. Sib baik aku tak gile. Sedapnye cokolat. Esok aku nka beli lagi. Tal menggemukkan kan cok ni?

Thursday, February 19, 2009

Peha Ayam

Camner nak bentukkan peha aku yang tak terbentuk ni. Dari kecik lagi aku dah chubby. Tapi masa aku masuk sekolah asrama aku mengecik kiranye dapat berat ideal la. Masa tu aku memang aktif la. Tapi pas SPM berat aku naik balik samapi la la ni tak leh turun turun. Kalau tak makan nasi mungkin boleh sebab Mek tu berjaya je kurus. Tapi aku selalunye hangat-hangat taih ayam je. cam diet yo yo ooo sebab tu tak jadi. Aku ngaku aku tak kuatla nak menahan diri. Ishhh pe nak jadila. aritu aku dah cari kat youtube exercise untuk perut n bontot. Ni untuk peha plak. Tapi skang memalam aku sapu losyen halia ngan minum teh hijau. Tapi tak nampak pun perubahan. Muahahaha. Pe kaitan tajuk ngan yang aku bebelkan ini ialah aku nka cakap yang peha aku pun dah cam peha ayam. Uiksss



Tuesday, February 17, 2009

Macam-macam cer

Aku masih sedih lagi. Tak tau bile nak hilang. Tapi kekadang aku rasa penat pulak. Kita kat sini merana dia tak tau la camner.

Kat opis tadi ade orang tanya aku nape aku tak kawin lagi. Ishhh benci tul kalu kena soklan ni. Aku cakap tanya la Allah nape aku tak kawin lagi. Dia kata aku jual mahal. Hello !!!! o tak kenal aku ko nak cakap aku bukan-bukan pulak ye. Aku sabor je. Tapi hakikatnye aku tak tau ape status aku sekarang... mungkin aku available tapi aku nak dia. Semua rancangan aku ade dia. Dohh!!!!
Ahad ni kena datang opis orang HQ nak datang .  Ishhh malasnye. Dengki tul. time orang nak rehat masa tu la dia nak datang. Eiiii benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Kalau bagi duit lebih tak pe la jugak. Dan aku sekarang ni memang malas-malas skit kat opis tu. Haha
Balik tadi dapat kalender dari Alamanda sebab aku ada VIP Fashion card (erkk). Ok gak la tapi bulan 2 baru dapat. Haahahaha.
Ingat nak diet tapi tak kesampaian hajatku aku makan nasi skit ngan lauk ayam pastu aku makan roti bom segera. Agaknya aku nak period kot. Pantang jumpa.
Sat lagi nak tengok betty ngan desperate housewive. 

Monday, February 16, 2009

1st Tag

Aku dipaksa membuat tag oleh agent sesat. Hahaha walaupun aku tak berapa betul lagi demi untuk memenuhi 'napsu' tag kawanku itu. Nah June! Penat tau june aku cari folder no 6 gambar no 6. Tapi yang pasti aku takkan tag sesiapa.

The challenge is:

Go to your photos folder in your computer.

Go to the 6th folder of photos.

Go to the sixth picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.

This challenge has been asked by GOGOZOOL



Folder yang bertuah tu adalah folder artis. Fuhhh lega. Sibbaik bukan gambar aku yang comel ini. Ayark jangan pengsan ye. Nama beliau ialah Kim Kardashian ( Keeping up with Kardashian). Aku sangat suke tengok dia sebab dia cantik, body pun fuyoooooo haha. Dia cam idola aku la untuk aku mendapat badan camtu. Badan dia memang superb la. Tapi Boobs dia fake. Auwwww Heeee tapi aku tak nak bontot tonggek itu ala-ala june gak. Oppsss sori babe. Walaupun Kim ni cakap cam ngada-ngada skit tapi aku tetap suke dia. Even walau dia tak pakai mekap pun okla. Dan antara 3 adik, dia yang paling cantik bagi akula. Lagi pe ek? Aku minat sangat la ngan Kim ni. 

June ok tak?
Kalau tak ok pun kata ok la ye.
Hahaha maklumla first time wat.




Monday, February 9, 2009

Sedey

Hati aku tak tenteram lagi.

Malas nak taip panjang.
...........................................................................................

Sunday, February 1, 2009

Apalaaaaa....

Tadi masa gi Bintang ngan ibu dia bercerita pasal cousin aku di penang.
Dia dapat kolej komuniti kat penang tapi mak tok dia tak kasi. Ayooo...
Ibu kata makcik aku tu sedih sangat yelah dia susah payah turun naik kolej komuniti tu nak bagi anak dia dapat tapi last-last anak dia tak nak dan di support lak oleh mak tok dia (cousin aku ni tak berapa nak pandaila kan). 
Mak tok dia kata nak kahwin kan je(ade ke orang nak kat dia oppsss). Dak tu pun ngikut sajo. Gilo apo. Oklah even kalau kawin(dia takde la cantik mana cume putih je kot) pun tapi in future kita tak tau pe jadi mana tau laki dia ceraikan dia pas tu nganga jelah dah takde keje. At least if ade dip tu leh la juga mengagau cari keje. Lain la kalau nak jadi tukang cuci umah orang mungkin la ade kan tapi sampai bile. Ishhh tak paham aku ngan perangai tok chak aku tu. Mengongkong sangat. Pastu ibu kata paman ngan tok chak jantan dan pompuan tak bagi dia balik bataworth time raya hari tu. Ade ke  patut. Tak pikiaq depa tu. Dah la bibik aku tu dok ngan depa kat island nak pi umah pak time raya pun tak kasi. Tension je bibik aku tu. Sure dia makin kurus. Ish if aku rapatla ngan si patin tu konfirm aku dah hasut dia sroh smabung belajaq lagi. Kes paman aku berulang lagi. Actually paman aku ni anak tok mama aku tapi sebab kakak dia tak de anak so dia pun sedekah la paman aku ni bagi depa jaga. Tu yang manja kan sangat. Tak bagi paman aku sekolah tinggi takut dia tinggai depa. Apalah bleh pikiaq lagu tu. Paman aku tu takat jadi jaga je lani kat penang tu. Puas la hati depa sebab paman sentiasa ade dengan depa. Tak pandai berdikari langsung . Ade sekali dapat peluang mai kl tapi tak mau sebab takut. Yang kesian kat bibik aku la.Dia tu banyak memendam rasa. Harap anak dia(cousin aku) yang laki tu dapat result baguih pastu dapat sambung pi jauh skit dari depa.