CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2009

Breakfast

Apple juice

5 ketul nuget tempura
Air masak
1 muffin cokolat
Perghhhhh kenyang siot
Rasa macam terlebih makan sudah.....


Thursday, April 2, 2009

2 April 2009

A: Bil celcom abg dah bayar bla bla bla bla nnt abg pos simcard

B: Syg punya sekali?
A: Untuk bil 019656xxxx
B: Tu no syg
A: Xpe esok abg bayar bill lagi satu
B: Tq tak payah susah2 nak pos simcard. Nnt syg suruh wafi terminate.
A: k

to left to the left ... mms bil

A: Lagi 1 bj dgn towel syg abg akan pos nnt
B: Tak payah susah2. Abg nak tambah sedih dihati syg ni? Tak puas lagi tgk syg ni merana ek?
A: Manusia semua sama je. Bezanya cuma pada pandangan cara berfikir dan cara melakukan tindakan. Sebab itu adalah penunjuk aras potensi masing2. Abg dah cuba lakukan yg sehabis mampu tapi gagal. Sekarang abg kena rombak semula hidup abg ni. Siapa saja yg boleh beri komitmen dgn abg, abg akan terima... --- pala hotak lu la
(Ayat cam lahanat)
B: Sume tu alasan. Kalau benar seorang manusia itu bernama manusia dan sgt syg pada kekasihnya pasti dia tidak pernah putus asa pada kekasihnya. Kerana manusia mudah alpa. Pasti tak tergamak menghina kekasihnya dgn sesuatu yg baru. Abg je ke yg kena rombak hidup? Syg ni apa brg mainan? Patung kaku? Kalau abg xnak bj n towel 2 bg pd mak. Towel 2 bkn towel syg yg dulu.

Terus senyap dia tak balas. Nape senyap? Itulah, abg kata syg angkuh cuba tgk diri abg tu sombong ke tak?
Mentang-mentang la aku selama ni tak pernah membalas segala katanya.Dan sebab dia tau aku syg dia. Dia ingat mulut dia je leh jadi lahanat mulut aku ni lagi la jahat.

Tuesday, March 31, 2009

Aku rasa ringan

Biskut
Nestum
Air Masak
Goreng Pisang seketul
Pajeri nenas (ibu masak) + Ayam masak merah no nasik ( tp tak abis pun ayam aku mkn skit je)

Itulah yang aku makan semalam.

Pagi ni aku makan jCo dalam fridge 2 ketul (comel ye bukan saiz donut sebenar, adik aku beli yg comel2 tu)
Air masak
Perut aku dah padih tapi aku malas nak makan
Adoii
Menyeksa dirikan tp yang penting aku nye badan susut n cantik lantak pi lah perut yang lapar ni.

Thursday, March 26, 2009

Laksa dan laksa lagi

Hari ni aku makan laksa kedai hujung lagi.
Dah 2 hari aku makan laksa.
Dan dah 2 minggu aku tak makan malam.
Dan lagi malam-malam aku sapu Lotion Halia. 
Sedap berangin. Hahahaha
Tapi kadang-kadang aku makan nasi biasanya sabtu ahad la. 
Sebab ibu yang masak.
Harap-harap aku berjaya.
Baju  pun dah longgar sikit.
Huhuhuhuhu
Harap-harap menjadila kali ini.
Aku tak nak hangat-hangat tahi ayam lagi.
Pastu aku wat excercise ikut cam yang dalam you tube tu.
Terutama untuk montot peha dan perutku.
Wish me luck.
Tapi aku takutla nak timbang.
Pas sebulan nantila.

Wednesday, March 25, 2009

Suatu petang yang hujan renyai

A: Mana dik?

B: Sungai Ramal Dalam
A: Naikla
B: (tutup pintu)
Tiba-tiba...
A: Sg Ramal Dalam mana?
B: Haaaa ( mende la pakcik ni merepek) sg ramal dalamla
A: Jawapannya dalam bandar
B: Ohhhh haha (gelak tak ikhlas)
A: Haaaa ramaila yang pak cik tanya tapi tak nka jawab apa bla bla bla bla
aku layan je lah bla bla bla
A: Umah kat ner dik
B: Kat depan tu masuk kiri
Tiba-tiba
A: Suami keje mana?
B: (Aku ni nampak cam dah kawin ke?) Lambat-lambat aku jawab. Saya belum kahwin lagi
A: Ohhh ni kena amanah puasala ni (sambil gelak)
Ishhh bongok tau orang tua ni.

Nak buat camner dah jodoh aku lambat sikit. Bencila orang dok tanya-tanya pasal kawin ni. Buat aku tertekan.....

Tuesday, March 24, 2009

MyPortal

Anda ingin memiliki website sendiri. Pastila Myportal adalah pilihan yang tepat.

Ciri-ciri:
1. Dwi Bahasa
2. Boleh masuk artikel tanpa had
3. 1 Gb ruang hosting
4. Boleh masukkan coding ape pun - Portal Whizz CMS
5. Bleh letak banner
6. Bagus untuk newbie atau yang tak berapa pandai nak wat coding sendiri (like me) maksudnya bukan orang IT la
7. PALING PENTING MURAH

    setahun RM50.00 ----> www.dinasalleh.myportal.my
   
    Pakej domain :
    1. Antarabangsa --->www.abc.com = RM105 
       (RM50+RM55) setahun
    2. .com.my / .net.my / .org.my / edu.my / gov.my 
         = RM130 (RM50+RM80) setahun
    3. .my = RM 170 (RM50+RM120)

Memang Murah Klik Sini

Jangan segan-segan hubungi saya.


Sunday, March 22, 2009

Memasak

Lama gile aku tak memasak yang special. Sebab sekarang ni kemalasan melanda aku. Mmmmmm nak masak ape ek? 

Thursday, March 19, 2009

You

 

You know who you are :(

Wednesday, March 18, 2009

Impian

Hancur hati aku bile baca sms tadi. Mungkin itulah sebab yang sebenar dia 'ceraikan'  aku.
Sedey sangat. Napelah aku terlalu menyayangi dia. Bodohnye aku nii. Napelah aku ni blaja
tinggi-tinggi tapi fail bab ni. Segala impian segalanya ada dia. Hanya dia. Siapa yang kenal aku
tau la aku ni macammana. Aku tak pernah ada orang lain selain dia. Tengok lelaki lain pun aku
tak nak kecuali time saje je nak nyakat dia. Layan sms lelaki yang minat aku lagila tak. Kecuali budak kelas aku je. If ada yang nak masuk jarum aku dah sound awal-awal aku dah de dia. Hanya dia yang memenuhi hati aku. Takde tempat untuk orang lain. Kalau nak kawan no hal lebih-lebih aku tak nak. Aku hanya nak dia je. Hanya dia. Semuanya ada dia. Impian aku hanya dia. Masa tua aku pun dia dan anak-anak kami. 2 lelaki 2 perempuan. Semuanya dia. ..................................................................................................................................................................

Tuesday, March 17, 2009

Banyaknye aku hutang

TAG. Takde mood lagi nak buat.

Nanti ek...